Nilai - nilai Murni
NILAI
BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
1.1
Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya
Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan
pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
1.2
Amanah
Sikap bertanggungjawab
yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
1.3 Harga
Diri
Keupayaan dan keyakinan
diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
1.4
Bertanggungjawab
Kesanggupan diri
seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna.
1.5 Hemah
Tinggi
Beradab sopan dan
berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
1.6
Toleransi
Kesanggupan bertolak
ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
1.7
Berdikari
Kebolehan dan
kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
1.8
Kerajinan
Usaha yang berterusan
penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya
maju dalam melakukan sesuatu perkara.
1.9 Kasih
Sayang
Kepekaan dan perasaan
cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
1.10
Keadilan
Tindakan dan keputusan
yang saksama serta tidak berat sebelah.
1.11
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan
alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar.
1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama
ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan
diri dan orang lain.
|
NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN
2.1 Kasih
Sayang terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih
dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
2.2
Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Memuliakan setiap
anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan
untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
2.3 Mengekalkan Tradisi
Kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan
sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun
dalam keluarga.
2.4 Tanggungjawab terhadap
Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh
setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,
meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
|
NILAI
BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
3.1
Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Ke sedaran tentang
perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan ke
seimbangan ekosistem.
3.2
Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar
Keadaan saling
memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
3.3
Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan
alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
3.4 Peka
terhadap Isu-isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap
persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha
menyelesaikannya.
|
NILAI
BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
4.1 Cinta
Akan Negara
Perasaan sayang dan
bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan
diri.
4.2 Taat
Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan
yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
4.3 Sanggup
Berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau
menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.
|
NILAI
BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
5.1
Melindungi Hak Kanak-kanak
Membela, memberi
naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang
sempurna.
5.2 Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan
mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
5.3
Melindungi Hak Pekerja
Menghormati, menghargai
dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam
pembangunan negara.
5.4
Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Memberi layanan yang
bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan
mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
5.5 Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara
hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta
barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
|
NILAI
BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
6.1
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang
Menerima dan mematuhi
peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan
di mana seseorang itu berada.
6.2
Kebebasan Bersuara
Kebebasan berucap dan
mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan
ketenteraman.
6.3
Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap
individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Malaysia.
6.4
Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Kebebasan untuk
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi
peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
6.5 Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan
menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta
dan norma masyarakat Malaysia.
|
NILAI
BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
7.1 Hidup
Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik
antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup
tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
7.2
Saling Membantu dan Bekerjasama
Usaha yang baik dan
membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara
untuk mencapai sesuatu matlamat.
7.3 Saling Menghormati
antara Negara
Menghargai dan
memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan
sejagat.
|
Wednesday, October 17, 2012
Nilai murni
Wednesday, October 10, 2012
Huraian Nilai Murni
Nilai Murni
Sukatan pelajaran
mencatatkan bahawa penerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah
untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu,
penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang
berhemah tinggi dan berperibadi mulia.
Pemahaman dan
kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia perlu dipupuk sama ada secara
langsung atau tidak langsung, selaras dengan nilai sejagat. Tegasnya, usaha
guru menerapkan nilai murni di sekolah merupakan amalan menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Jadi, sudah sewajarnya aspek ini dilaksanakan dengan
segala kesungguhan.
Di bawah ini disenaraikan 17 nilai murni dengan sedikit ulasannya.
1. Baik Hati … sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas yang dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain.
2. Berdikari … kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain yang terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri.
3. Hemah Tinggi … budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain; terjelma melalui kesopanan, mengakui kesalahan diri, dan ramah mesra.
4. Hormat-menghormati … menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberikan layanan yang sopan; antara lain terjelma melalui ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin; dan terjelma juga melalui hormat kepada raja dan negara, patuh kepada undang-undang dan menghargai maruah diri.
5. Kasih Sayang … perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu; termasuk sayang/cinta akan nyawa, alam sekitar, negara dan keamanan.
6. Keadilan … perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah; termasuk juga saksama.
7. Kebebasan … dapat melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk pada peraturan dan undang-undang agama, masyarakat dan negara; terjelma melalui kebebasan di sisi undang-undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.
8. Keberanian … kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati; termasuk berani tanpa membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian, dan berani bertanggungjawab.
9. Kebersihan Fizikal dan Mental … kebersihan diri dan kebersihan persekitaran; terjelma melalui pertuturan, kelakuan, pemikiran dan amalan kerohanian.
10. Kejujuran … sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan; termasuk amanah, bercakap benar, dan ikhlas.
11. Kerajinan … usaha secara berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan dan dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara; terjelma melalui kecekalan, daya usaha, dedikasi, gigih dan tekun.
12. Kerjasama … usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat; termasuk persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong-royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.
13. Kesederhanaan … sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat; secara umum sederhana dalam mempertimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
14. Kesyukuran … perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh; termasuk berterima kasih, mengenang budi, dan menghargai seseorang/sesuatu--fokus utama ialah kesyukuran kepada Tuhan.
15. Patriotisme … semangat cinta akan negara, taat setia kepada raja dan sanggup berkorban demi negara.
16. Rasional … dapat berfikir dengan berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat melakukan tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan; termasuk mampu membuat pertimbangan, berfikir logik dan bersifat terbuka.
17. Semangat Bermasyarakat … kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan semangat kekitaan seperti bermuafakat, kejiranan dan peka tentang isu sosial dan masyarakat.
Sebenarnya,
penerapan nilai murni berlaku secara berterusan dalam hidup kita sama ada dalam
masyarakat, di rumah, mahupun di sekolah. Sesungguhnya guru mempunyai peluang
yang sangat banyak untuk menerapkan nilai murni semasa berinteraksi dengan
murid di dalam bilik darjah. Ketika mengajarkan bahan yang mengandungi maklumat
pula, kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat itu perlu dititikberatkan.
Pendeknya hampir kesemua aktiviti di dalam bilik darjah dapat dimanipulasi
untuk menerapkan nilai murni sama ada dengan cara meminta murid menjadikan
perkara baik sebagai teladan atau meminta mereka menjadikan perkara buruk
sebagai sempadan. Yang penting guru mesti menyedari akan kewujudan nilai itu,
menyerlahkannya kepada kelas dan memberikan peneguhan kepada murid untuk
mengamalkan nilai itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)